Bagaimana mendaftar nama domain?

Mendaftar nama domain untuk laman web ada perkara yang penting bagi setiap pengendali bisnis online. Namun begitu ramai di kalangan kita tidak menyedari langkah-langkah yang perlu dilaksanakan semasa pendaftaran nama domain.

Nama domain adalan faktor yang paling mustahak dalam kejayaan bisnis online anda dan nama domain ini digunakan sebagai identiti website anda. Anda perlu mencari laman web rasmi yang boleh mendaftar nama-nama domain yang anda kehendaki. Carilah pendaftar domain tempatan atau antarabangsa yang murah. Sekarang ini banyak pendaftar domain yang menyediakan pendaftaran yang murah dengan kos di bawah USD10.

Salah satu faktor yang amat mustahak dalam menentukan nama domain anda adalah anda perlu mendaftar dan menggunakan nama domain yang melambangkan perniagaan anda. Sebagai contoh sekiranya anda mempunyai perniagaan batik, anda perlu mendaftar nama domain www.batik.com, www.mybatik.com, www.batikmalaysia.com dan sebagainya.

Sekiranya nama domain yang anda kehendaki telah ditempah oleh orang lain, anda tidak perlu kecewa. Jika anda mampu anda boleh membeli nama domain tersebut atau menggunakan ekstensi yang lain selain dot com seperti .biz,. my, .info, .ws dan sebagainya.

Selepas membayar nama domain tersebut, anda perlu melengkapkan proses pendaftaran mengikut langkah yang ditetapkan. Selelah selesai, anda boleh hostkan nama domain anda supaya boleh diaksess di seluruh dunia. Kini anda juga bolen menempah nama domain berserta hosting dengan pakej yang murah.

0 comments: