Daftar domain percuma di co.cc

CO.CC:Free Domain

Pelanggan domain CO.CC kini hampir mencecah 4 juta karena kemudahannya yang terkenal dan percuma. Pendaftaran domain di CO.CC amat mudah kerana tiada campur tangan daripada admin dengan domain yang anda daftarkan, anda hanya perlu mendaftarkan domain anda di co.cc.com

Selain delain daripada perkhidmatannya yang percuma, domain CO.CC juga menyediakan domain yang berbayar juga terutama bagi nama-nama domain yang terkenal. Tentang domain yang berbayar biasanya bergantung dari nama domain yang anda daftarkan, semakin bagus nama domain anda semakin tinggi harga yang harus anda keluarkan. Oleh yang demekian, bagi anda yang ingin mendaftarkan nama domain yang percuma dari domain CO.CC, nama domain anda haruslah ringkas.


Sebelum anda mendaftarkan banyak domain di CO.CC, anda harus membuat satu account di CO.CC dengan tidak melebihi 2 nama domain.

Taip nama domain yang anda kehendaki di dalam kotak di bawah dan daftar domain anda mengikut arahan yang disediakan :

Cara mendaftar nama domain di godaddy.com

Terima kasih kepada godaddy.com.,mendaftar domain atau memiliki web hosting amat mudah di sini. Samada anda baru memulakan pembenaan lamman web, menjual domain atau menyimpannya untuk kegunaan masa akan datang, godaddy.com sedia membantu.
Langkah-langkah pendaftaran domain :
1. Pergi ke halaman utama godaddy.com.


Kini godaddy menawarkan nama domain pada harga promosi yang sangat rendah iaitu USD$1.99 untuk 3 bulan pertama.

2. Bermula dengan mencari nama domain yang anda hendak daftarkan dengan menaipnya di kotak " domain search" dan klik " go" :


3. Pilih nama domain tambahan atau nama-nama domain pelbagai dari pilihan yang disediakan oleh godaddy.

4. Anda boleh menambah nama domain dengan klik " yes" atau mengabaikannya dengan mengklik " continue to checkout" dan mendaftar dengan mengisi borang yang disediakan.

5. Tekan butang " Continue " yang berwarna oren dan semak sekali lagi maklumat pendaftaran yang anda isi tadi.

6. Pilih butang " continue ' berwarna oren sekali lagi dan ceckout. Pertimbangkan sekiranya anda mahu perkhidmatan tambahan seperti perlindungan akaun ( account protection ).

7. Bayar domain anda, godaddy menerima pembayaran dari kad kredit, cek atau sijil.

8. Bila akaun nama domain anda telah didaftarkan, ia mengambil masa beberapa jam untuk aktif dan boleh digunakan. Sekiranya anda memilih nama domain selain .net atau .com, ia akan hanya aktif selepas 1-2 hari.

Lihat video cara pendaftaran nama domain di godaddy:


Bagaimana mendaftar nama domain?

Mendaftar nama domain untuk laman web ada perkara yang penting bagi setiap pengendali bisnis online. Namun begitu ramai di kalangan kita tidak menyedari langkah-langkah yang perlu dilaksanakan semasa pendaftaran nama domain.

Nama domain adalan faktor yang paling mustahak dalam kejayaan bisnis online anda dan nama domain ini digunakan sebagai identiti website anda. Anda perlu mencari laman web rasmi yang boleh mendaftar nama-nama domain yang anda kehendaki. Carilah pendaftar domain tempatan atau antarabangsa yang murah. Sekarang ini banyak pendaftar domain yang menyediakan pendaftaran yang murah dengan kos di bawah USD10.

Salah satu faktor yang amat mustahak dalam menentukan nama domain anda adalah anda perlu mendaftar dan menggunakan nama domain yang melambangkan perniagaan anda. Sebagai contoh sekiranya anda mempunyai perniagaan batik, anda perlu mendaftar nama domain www.batik.com, www.mybatik.com, www.batikmalaysia.com dan sebagainya.

Sekiranya nama domain yang anda kehendaki telah ditempah oleh orang lain, anda tidak perlu kecewa. Jika anda mampu anda boleh membeli nama domain tersebut atau menggunakan ekstensi yang lain selain dot com seperti .biz,. my, .info, .ws dan sebagainya.

Selepas membayar nama domain tersebut, anda perlu melengkapkan proses pendaftaran mengikut langkah yang ditetapkan. Selelah selesai, anda boleh hostkan nama domain anda supaya boleh diaksess di seluruh dunia. Kini anda juga bolen menempah nama domain berserta hosting dengan pakej yang murah.